Tayar Oh Tayar!

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku gi tampal tayar kereta sebab pancit masa pegi Cameron Highland hari Sabtu lepas. Sampai kedai, mintak la tokey kedai tampalkan tayar kereta yang bocor tu. Tengok2, tayar aku makan sebelah dalan. Tokey tu rekemen aku tukar tayar sebab bahaya la tayar botak sebelah ni. Aku rasa macam nak taknak je tukar sebab bajet tukar tayar belum cukup lagi. Aku tanya la kot2 ada tayar 2nd yang boleh pakai. Tokey cakap size tayar macam aku punya takde. Nak taknak, kena la tukar tayar baru.

Tayar bengkak
Dah terkoyak dah tayar aku. Nasib baik tak meletup!
Sekali tengok kena tukar semua sekali. Semuanya sebab makan dalam. Ni sebab lama tak buat alignment la ni. Ada sebijik tayar tu dah nampak benang tayar. Nasib baik la tak meletup masa aku sekeluarga pegi Cameron hari tu. Kalau tak, tak tau la kat mana aku sekarang.

Jadi, sekarang kereta Wira aku dah pakai 'kasut' baru. Siap dengan alignment, balancing, camber alignment & tukar satay bush sepasang.

Kasut baru - Silverstone Kruizer NS700
Kredit: TyreReviews.Co.Uk

Satay Bush
Kredit: ZeroToHundred.com
Pastu kereta aku ada masalah dengan power coil. Power coil tu fungsinya untuk distribute api ke spark plug. Jadi, kalau coil tu rosak, performance kete kita tak cantik la. Terasa kereta macam semput sikit. Kenapa? Sebab, tak semua plug akan hasilkan api untuk bergerak. Lepas tu, makan minyak lagi sebab kereta kita terpaksa bekerja lebih untuk hasilkan kelajuan yang kita nak.

Wira VDO Ignition Coil
Kredit: VTSCarParts.Blogspot.Com
Tapi sebelum tukar coil tu, dah try macam2 la nak tau apa root cause kete aku semput semacam je. Mula2 tukar spark plug. Then tukar original cable plug. Dua2 tak jalan. Then baru la tukar power coil tu. So, tukar coil je, tak payah tukar yang lain.

So, total expenses lebih kurang 1k la. Jadi, aku swipe la dengan CC dulu. Pasni kena buat balance transfer lagi la jawabnya. Nak dapat 0% interest punya hal. Huhu.

Posted via Blogaway

Anda suka dengan blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan-iklan yang ada dalam blog saya. Terima kasih!

Blogger Hartanah & Kewangan