Pelan pemilikan rumah - Skim Rumah Pertamaku - yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada Mac lalu, kini di ambang kegagalan kerana belum ada satupun permohonan untuk mendapatkan pinjaman 100 peratus diluluskan oleh mana-mana bank.
Intipati utama skim itu, adalah kerajaan akan membantu menyediakan 100 peratus pinjaman bagi pembeli rumah muda yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, bagi membeli rumah yang bernilai sehingga RM400,000.
Laporan akhbar harian Cina Sin Chew Daily pada muka hadapanya memetik beberapa bank sebagai berkata adalah mustahil membekalkan kemudahan pinjaman itu manakala mereka yang sepatutnya menikmati manfaat daripada skim itu pula menyifatkannya sebagai "angan-angan".
Seorang perancang kewangan menjelaskan kepada akhbar itu bahawa pinjaman RM400,000 akan diterjemahkan kepada ansuran bulanan sebanyak RM1,780 bagi tempoh pembayaran 30 tahun. Ini juga akan menelan lebih separuh daripada pendapatan mereka yang hanya RM3,000 sebulan.
"Walaupun bank hanya meluluskan 80 peratus daripada pinjaman, pembeli masih perlu membayar wang pendahuluan RM80,000, yang jelas tidak mampu oleh kebanyakan mereka.”
Untuk memburukkan lagi keadaan, Bank Negara pula memperketatkan syarat pinjaman dengan mengarahkan bank-bank untuk meluluskan jumlah pinjaman berasaskan pendapatan bersih peminjam, iaitu pendapatan mereka selepas ditolak caruman kepada KWSP, cukai pendapatan, hutang kad kredit dan liabiliti lain.
Oktober lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim berkata bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengkaji semula syarat kelayakan dengan membenarkan mereka yang berpendapatan sehingga sekitar RM6,000 hingga RM7,000 juga layak memohon.
Walau bagaimanapun ini telah menimbulkan persoalan sama ada ia hanya akan membantutkan objektif skim berkenaan iaitu untuk memudahkan pembeli yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mereka.
sumber: MalaysiaKini
Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!



rasanya skim tu bermanfaat utk suami isteri yg bekerja je.. cth, suami rm 2500 + isteri rm 2500... kalau yg bujang, gaji 3000, jgn la berangan nak beli rumah rm 400 k... cuba tgk balik text budget 2012... "75. To meet the demand for houses from those earning below RM3,000, the Government launched the My First Home Scheme in March 2011. To expand the scheme, the Government proposes to increase the limit of house prices from a maximum of RM220,000 to RM400,000. This improved scheme will be available to house buyers through JOINT LOANS of husband and wife beginning January 2012."
BalasPadam