Tambah Pelaburan Tabung Haji Melalui Maybank2u

transfer duit dari maybank2u ke pelaburan tabung haji
Dah boleh transfer duit dari Maybank ke Tabung Haji
Assalamualaikum semua.

Semalam aku cerita pasal dividen Tabung Haji yang sebanyak 6% tu. Jadi, korang mesti teruja nak tambahkan pelaburan korang kan? Tapi, korang sure terasa macam berat/leceh sebab nak kena pegi kat Tabung Haji untuk tambahkan pelaburan korang.

Korang tak perlu risau. Kenapa? Sebab, sekarang korang boleh tambahkan duit simpanan/pelaburan Tabung Haji korang secara online je. Tak perlu beratur kat kaunter Tabung Haji lagi.

Syarat-syarat utama yang korang kena ada ialah:

1) Korang kena ada akaun bank (memang confirm korang suma ada kan?)
2) Korang kena ada 'Internet Banking' dulu . Tak kira la dari bank mana-mana pun. Tapi yang paling bagus, buat 'Internet Banking' kat akaun bank yang selalu masuk duit gaji korang. Baru leh buat standing instruction.

Kenapa? Mesti la korang kena ada kedua-dua syarat di atas, terutama syarat no. 2 tu. Baru la boleh tambah pelaburan tanpa keluar dari rumah. Guna internet je. Tapi contoh yang aku nak tunjukkan nih melalui Maybank2u.com - cepat dan mudah. 24x7.

Cara-caranya:

1) Log masuk dulu ke akaun internet banking korang.

2) Pegi ke link 'Bills Payment'

pelaburan tabung haji melalui maybank2u

3) Pergi ke link 'Add Favourite Payee'

pelaburan tabung haji melalui maybank2u

4) Pilih 'Lembaga Tabung Haji'. Lepas tu, klik 'Continue'.

pelaburan tabung haji melalui maybank2u

5) Masukkan akaun detail Tabung Haji korang. Klik 'Register'.

pelaburan tabung haji melalui maybank2u

Dah selesai. Nak tengok sama ada registration korang berjaya atau tidak, boleh tengok dalam link 'Make payment to a favourite payee'. Mesti ada keluar akaun Tabung Haji korang.


pelaburan tabung haji melalui maybank2u

Selamat mencuba dan selamat melabur!

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan