Kancil EX 850 Manual Untuk Dijual


19/09/2013 - Untuk mengelakkan kekeliruan, ingin saya nyatakan di sini bahawa kereta kancil ini telah selamat dijual

Sekian, terima kasih.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum semua...

Sempena tahun baru nih, aku nak let go kereta kancil aku. Nak kurangkan liabiliti dalam tangan.

Aku ada postkan dalam Mudah.my. Boleh jugak check kat situ.

Tapi ada problem sikit. Kalau korang nak test drive, kene datang Melaka la. Hoho...

Aku listkan details pasal kereta aku tu...
  • 2nd hand owner, hanya guna untuk 2 tahun
  • Kereta berkeadaan baik, sedikit calar di hood depan
  • Bateri baru
  • CD player baru
  • Alarm kereta berkeadaan baik
  • Power window berkeadaan baik
  • Digunakan hanya untuk menghantar anak ke sekolah dan ulang alik dari rumah ke Melaka Sentral sahaja (masa duduk kat Melaka dulu)
  • Nak jual sebab dah upgrade kereta lain.
  • Roadtax & insurans dah tamat tempoh tapi lebih mudah untuk membuat pertukaran nama pemilik.
  • Kereta telah mendapat pengesahan dari Puspakom (masa beli kereta dulu) dan dapat exemption untuk pemasangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang

Kalau korang ada kawan-kawan yang nak beli kereta 2nd hand, atau nak belikan anak-anak korang kereta untuk transport diorang pegi ke tempat belajar/tempat keje, better la beli kereta aku nih. Toksah beli kereta baru. Ingat, tujuan beli kereta untuk pengangkutan, bukan untuk menunjuk-nunjuk (refer artikel semalam)

Layan dulu gambar kete aku nih ye...








Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan