Dapatkan Update Terbaru FaridAdam.com Melalui Facebook. Sila Klik Butang 'Like' Di Bawah

Powered By EXEIdeas

Wordless Wednesday - Semarak Cinta Rasulullah SAW


Salam Maulidur Rasul kepada semua. Teruskan berselawat kepada kekasih junjungan mulia, Rasulullah SAW.

Daily Money - Pengawal Perbelanjaan Harian Anda

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak berkongsi satu applikasi yang amat berguna dalam mencatatkan segala pendapatan dan perbelanjaan harian saya. 

Applikasi Android ini bernama Daily Money - dibina oleh Dennis Chen.


Ciri-ciri:
  • Rekod perbelanjaan harian anda, pendapatan, aset dan liabiliti. 
  • Boleh create banyak buku bagi mata wang yang berbeza atau apa sahaja. 
  • Boleh customize akaun secara hierarki
  • Kirakan baki wang. 
  • Boleh eksport keluar ke SD dan boleh restore semula apabila ada reinstallation ke smartphone baru. 
  • Eksport / Import ke CSV. 
  • Boleh paparkan data ke carta pai & carta masa. 
  • Memberikan kemudahan password perlindungan.
Saya share kat bawah beberapa screenshots daripada applikasi tersebut.





Diharap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Lama Dan Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca semua!

Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi kepada para pembaca tentang duit syiling. YA! Hanya tentang duit syiling.

Cerita Duit Syiling

Cuba lihat pada gambar duit syiling di bawah ini.  Ada 3 keping duit syiling 50 sen dalam design yang berbeza. Bagi pengumpul duit syiling, pasti mereka mempunyai koleksi duit syiling 50 sen yang lebih lama daripada koleksi simpanan yang saya ada ini.

duit syiling, jutawan hartanah, pelaburan hartanah, pengurusan kewangan
Koleksi duit syiling 50 sen

Apa yang berbeza antara ketiga-tiga duit syiling bernilai 50 sen ini – selain daripada design duit tersebut?

“Huh, mana ada bezanya! Semuanya bernilai 50 sen!”

Jika anda kata tiada bezanya, ternyata anda semua tersilap besar!


Nilai Duit Syiling Yang Berubah

Kata ibu dan ayah saya, di zaman persekolahan antara tahun 60an hingga 70an, dengan duit syiling 50 sen ini, mereka mampu membeli a complete breakfast set berupa sebungkus nasi lemak berlaukkan sebiji telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sambal ikan bilis, beserta dengan sebungkus air sirap. Mereka berasa sangat bersyukur sebab dengan adanya duit sebanyak ini, ia sudah cukup untuk cover perbelanjaan makan minum kita di sekolah. Jika ibu dan ayah kita menceritakan tentang fakta ini kepada cucu-cucu mereka, pasti mereka tidak akan mempercayainya, kan?

Masa telah berubah. Begitu juga dengan nilai duit syiling ini. Nilai duit syiling 50 sen ini berubah ketika di zaman persekolahan pada tahun 80an dan awal 90an – zaman persekolahan saya pula. Nilai duit syiling ini berkurangan – daripada a complete breakfast set kepada ala-carte item sahaja. Nilai duit syiling 50 sen ini pada zaman itu bersamaan dengan sebungkus nasi lemak berlaukkan suku telur rebus, ikan bilis goreng ATAU kacang goreng ATAU timun dan sambal ikan bilis. Air pula dibawa dari rumah. Kalau tidak, air paip lah menjadi sasaran kita selepas waktu rehat untuk melepaskan dahaga!

Nah, lihatlah pada design terbaru duit syiling 50 sen yang dikeluarkan oleh Bank Negara sekarang ini. Walaupun ia kelihatan seakan bersalut dengan ‘emas’, namun nilainya tidak seperti emas. Nilainya semakin susut. Anak-anak kita sekarang sudah tidak pandang kepada duit syiling ini untuk dibawa ke sekolah. Paling kurang, kita terpaksa hulurkan duit kertas bernilai RM5 ataupun RM10 untuk perbelanjaan makan minum mereka di sekolah!

Nilai matawang kita akan menyusut saban tahun. Keadaan ini pasti akan terus berlaku, bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara. Malah, mungkin nilai matawang kita akan menjadi matawang negara jiran kita, Indonesia – yang mana tiada lagi istilah ‘sen’ atau ‘puluh’ rupiah. Semuanya bermain dengan istilah ‘ribu’ dan ‘juta’!

Pentingnya Pendidikan Kewangan Dan Pelaburan

Oleh itu, sebelum nilai matawang kita terus menyusut, kita perlulah ‘menambatkan’ duit kita kepada sesuatu barangan yang nilainya tidak akan susut dalam jangka masa yang panjang. Malah, nilainya mungkin akan terus meningkat dari tahun ke tahun – seperti rumah, emas, perak dan lain-lain lagi. Tetapi ini semua memerlukan ilmu kewangan dan pelaburan yang mencukupi.

Pendidikan kewangan dan pelaburan amat penting bagi setiap individu – tidak kira tua, muda, bujang ataupun mereka yang berkeluarga. Malangnya, pendidikan yang amat penting ini tidak diajarkan di sekolah. Maka, peranan ini perlu dipikul oleh institusi kekeluargaan. Ianya bermula di rumah – dari bagaimana ibu ayah kita menguruskan kewangan dalam keluarga. Jika ibu dan ayahnya seorang yang jimat cermat dan bijak menguruskan kewangan, maka sikap ini akan mengalir kepada anak-anak. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, didiklah anak-anak kita untuk sentiasa bersikap jimat cermat dan bijak menguruskan wang mereka supaya mereka akan berjaya mengharungi kehidupan yang akan datang, yang mana mungkin tiada lagi kewujudan duit syiling 50 sen ini!



Kembali Berblogging Semula

i'm back, jutawan hartanah, pelaburan hartanah, pengurusan kewangan

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, saya kembali semula setelah 2 minggu bercuti daripada berblogging.

Harap dapat refreshkan semula minda untuk terus berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat dengan anda semua.

Teruskan bersama FaridAdam.com!

Kredit gambar: CikTipah



Pesanan Ikhlas Kepada Pelabur Hartanah Newbie

“Bang, gaji 1st nak buat mende? Macam mana nak merancang nih? :-)”

Dapat mesej di atas dari sepupu saya yang baru je dapat keje selepas tamat pengajiannya. Saya pun tak sangka yang sepupu saya juga ada membaca blog saya (^_^).

Jadi, untuk tidak menghampakan beliau, saya pun mencadangkan supaya simpan 10% daripada gaji beliau sebagai simpanan tetap. Boleh je saya nak suggest supaya simpan 30% daripada gaji, tapi saya lebih suka untuk lebih realistik dan tidak mahu membebankan beliau.

10% daripada gaji, pengurusan kewangan, pelaburan hartanah, jutawan hartanah
Mulakan potongan gaji dengan 10% dulu
Kredit: 123rf.com

Datang pulak mesej seterusnya...

“Nak plan beli rumah awal, pastu sewakan cam abang jugak. Kena plan betul2 ni..“

Wah, bersemangat betul nak buat pelaburan hartanah yang pertama. Betul, boleh je dia terus buat pelaburan hartanah beliau, dengan syarat: 

  1. Boleh beli hartanah secara cash.
  2. Ada dapat harta pusaka berbentuk rumah.
  3. Buat JV dengan parents/adik beradik (pakai nama diorang sebab dah ada stable income)

Selain daripada 3 cara di atas, rasanya kena tunggu dulu dalam tempoh 3-6 bulan untuk mula melibatkan diri dalam pelaburan hartanah. Kenapa 3-6 bulan? Sebab bank nak tengok statement gaji kita masa apply loan nanti. Kalau baru 1st month keje, mana leh nak provide statement gaji (unless masa belajar dulu ada buat bisnes. So boleh la tunjuk bank statement yang tunjuk consistent income masyuk tetiap bulan)

So, buat masa sekarang nih, timba la ilmu tentang pelaburan hartanah dulu. Hadirkan diri dalam seminar-seminar pelaburan hartanah yang ada. Tak tau nak pergi yang mana satu? Boleh la pergi ke Seminar Hartanah anjuran Satu Solution nih dulu. Ni kira basic knowledge untuk pelabur-pelabur newbie. Tak rugi pun kalau pergi ke seminar tersebut. Harga pun berpatutan!


Wordless Wednesday - Jadual Puasa Tahun 2013 Masihi @ 1434/1435 Hijrah

jadual puasa tahun 2013

Perkongsian untuk kita semua - jadual puasa yang dianjurkan Islam bagi tahun 2013 @ 1434/1435 Hijrah. Diharap agar kita sama-sama dapat amalkan bersama-sama.

Kredit gambar - WaliBahza.blogspot.com

BPL Week #21 - Wigan vs Manchester United

wigan, manchester united, man utd
Final Result - Wigan Athletic 0 - 4 Manchester United

MATCH SUMMARY

Javier Hernandez and Robin van Persie scored twice as Premier League leaders Manchester United coasted past Wigan to preserve their seven-point advantage.

The Mexican striker side-footed the opener after Ali Al Habsi had parried Patrice Evra's shot into his path.

United went 2-0 up when Van Persie turned Ivan Ramis and curled a sublime shot into the far corner.

Hernandez lashed home Van Persie's deflected free-kick before the Dutchman turned in Danny Welbeck's low cross.

Wigan Athletic

  • 26 Al Habsi
  • 05 Caldwell Booked (Stam - 69' )
  • 17 Boyce
  • 21 Ramis
  • 31 Figueroa
  • 04 McCarthy
  • 10 Maloney (McManaman - 86' )
  • 16 McArthur
  • 22 Beausejour
  • 02 Kone
  • 09 Di Santo (Gomez - 70' )

Substitutes

  • 12 Pollitt
  • 23 Stam
  • 25 Golobart
  • 06 Jones
  • 14 Gomez
  • 15 McManaman
  • 19 Boselli

Manchester United

  • 01 De Gea
  • 02 Rafael
  • 03 Evra
  • 05 Ferdinand (Smalling - 68' Booked )
  • 06 Evans
  • 11 Giggs
  • 16 Carrick (Kagawa - 68' )
  • 18 Young (Welbeck - 78' )
  • 23 Cleverley
  • 14 Hernandez
  • 20 Van Persie

Substitutes

  • 13 Lindegaard
  • 12 Smalling
  • 15 Vidic
  • 07 Valencia
  • 22 Scholes
  • 26 Kagawa
  • 19 Welbeck
Ref: Marriner
Att: 20,342


TEAM NEWS

  • Wigan boss Roberto Martinez may stick with the same XI that beat Aston Villa away from home.
  • Antolin Alcaraz, Albert Crusat, Antonio Lopez, Ryo Miyaichi and Ben Watson are again absent.
  • Manchester United boss Sir Alex Ferguson has said he will make changes to the side that beat West Brom.
  • Top scorer Robin van Persie is expected to come back into the starting line-up, and defenders Rafael and Phil Jones are fit again.

MATCH FACTS

Head-to-head

  • Wigan beat Manchester United for the first time in their history at the DW Stadium last April thanks to a goal from Shaun Maloney.
  • It was the only goal they had scored against the Red Devils in their last seven matches. In fact, they have scored just five goals in their 16 encounters with Manchester United, who have scored 50 in those games.
  • There has never been a draw between the sides.

Wigan

  • Wigan ended a six-game winless run in the Premier League with a 3-0 victory over Aston Villa, keeping only their third clean sheet of the season.
  • They have now picked up as many points away from home (nine) this season as they have at the DW Stadium.
  • They have won just once at home since 27 October.
  • The Latics have conceded the opening goal in 13 Premier League games this season, losing 12 of those matches.

Manchester United

  • Against West Brom, Manchester United kept only their fourth clean sheet of the season and only their second in their last 13 league games.
  • Robin van Persie has scored 62 goals in his last 75 Premier League appearances since January 2011.
  • Sir Alex Ferguson's side had the best record in the Premier League in 2012, picking up 93 points from their 39 matches.
  • They scored 90 league goals in 2012 - their most in a single calendar year since 2000 (95 goals). The only other time anyone has scored more is themselves in 1999 (91 goals) and Chelsea in 2010 (91 goals).


Source: BBC Football & Youtube

Azam Baru Sempena Tahun Baru 2013

Assalamualaikum semua...

Sempena kedatangan tahun baru 2013, ramai yang buat azam baru dan ada juga yang recycle azam tahun lepas. Apa-apa pun, yang penting, teruskan berusaha untuk mencapai azam masing-masing.

Bagi saya pula, saya mengambil pendekatan 'recycle' azam tahun lepas memandangkan azam tahun lepas still tak tertunai lagi. Hehe...

azam tahun baru 2013
Jom Berazam Jadi Baik!!

Jadi, ada 5 azam yang saya akan cuba capai untuk tahun baru 2013 ini.
  1. Lupuskan hutang kredit kad
    - Macam mana nak buat? Saya akan cuba buat dengan menggunakan sebahagian daripada duit bonus saya (kalau ada la...maklum la baru masuk tempat keje baru) untuk melupuskan hutang tersebut. Kalau takde rezeki dapat duit bonus, saya akan gunakan sebahagian daripada duit refinancing rumah sewa saya untuk digunakan untuk tujuan tersebut. Pasang azam juga untuk tidak menggunakan kad kredit kecuali dalam keadaan terdesak.
  2. Lebih berdisiplin dalam mencatat semua perbelanjaan
    - Macam mana nak buat? Setiap kali duit keluar, saya akan catatkan dalam application smartphone saya - Daily Money. Sebelum nih guna juga, tapi biasalah, kurang berdisiplin dalam penggunaannya.
  3. Buat bajet bulanan dengan SERIUS!
    - Macam mana nak buat? Sehari sebelum dapat gaji, saya akan export keluar data dari application smartphone saya dan buat bajet daripada data tersebut. Saya akan cuba kurangkan mana-mana perbelanjaan boleh ubah yang boleh dikurangkan dalam perbelanjaan bulan seterusnya.
  4. Buat ‘side-income business’
    - Macam mana nak buat? Selain blogging, saya akan cuba buat servis yang berkaitan dengan pelaburan hartanah. Kena mintak pertolongan dengan geng-geng hartanah saya.
  5. Naikkan dana kecemasan
    - Macam mana nak buat? Setakat nih baru dapat simpan dana kecemasan sebanyak sebulan perbelanjaan. Bukannya tak dapat nak simpan, tapi saya dah banyak guna dana kecemasan pada tahun lepas seperti kos overhaul kereta Wira saya akibat terputus timing belt, kos-kos pembaikan rumah-rumah sewa dan sebagainya. Jadi, bila tercapainya keempat-empat azam sebelumnya, diharap agar dapat menaikkan dana kecemasan ideal, iaitu 3 bulan perbelanjaan bulanan - disamping meneruskan simpanan 10% daripada gaji setiap bulan.
Itu saja azam saya untuk tahun baru 2013. Harapnya akan tercapai kelima-lima azam saya ini, Insha-Allah.


FaridAdam.com Berwajah Baru

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, blog FaridAdam.com kini berwajah baru dengan berkonsepkan minimal dan simple.

Walau bagaimanapun, saya mengharapkan feedback daripada anda semua dalam menambahbaik laman blog ini. Seperti dalam entri pembukaan saya 3 tahun lepas, saya berharap agar laman blog ini dapat menjadi sebuah laman rujukan dan panduan kepada semua.

Terakhir sekali, terima kasih atas sokongan anda semua!

Wordless Weekend - Makanan Tambahan


Giliran ayah Balqis pulak yang batuk berkahak. Huhu...cawan saya pun dok jelir takmo makan ubat.

Projek 100 Blogger Oleh BroFramestone


Assalamualaikum semua...

Camna pengisian hari Sabtu korang semua? Hari-hari macam nih saya akan spend masa bersama keluarga di rumah.

Tiada plan untuk keluar ke mana-mana. Jadi, lepas settle semua kerja-kerja rumah yang nak dilakukan, saya pun blogwalking mencari bahan bacaan yang menarik. Dari satu halaman ke halaman yang lain, kemudian terjumpa mengenai Projek 100 Blogger oleh BroFramestone.

projek 100 blogger broframestone
Projek 100 Bloggers
Kredit: Anarm.net

Dari apa yang saya baca, agak menarik juga untuk saya sertai kerana ini kali pertama saya menyertai projek blogger seperti ini. Artikel kali ini sekadar ingin mempromosikan projek BroFramestone ini sebagai syarat utama untuk menyertai projek ini. Jadi, sekadar mencuba nasib saya buatlah posting ini.

Berikut adalah butiran mengenai projek ini yang dipetik dari blog BroFramestone.

  1. 100 blog Malaysia dan pemiliknya warga negara Malaysia.
  2. Blog yang mempunyai trafik dalam 500 uv dan keatas dalam sehari. (bukti statistik blog amat diperlukan)
  3. Blog berbahasa melayu atau english.
  4. Blog yang berkualiti (bukan copy paste & setiap post mendapat feedback yang menggalakan dari pembaca).
  5. Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog di update.
  6. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
  7. Dan sanggup memberi komitment dalam menjaya Projek 100 Bloggers

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog BroFramestone.

p/s: Harap-harap ada chance la ye (^_^)


Bila Sakit Anak Susah Nak Sembuh

Assalamualaikum semua...

Dah 2 minggu lebih dah anak saya - Balqis ni mengalami penyakit batuk berkahak. Dah 3 botol ubat batuk yang diambil dari klinik habis diminum, but still tak surut-surut jugak.

Poliklinik An-Nur Bandar Tun Hussein Onn
Poliklinik An-Nur

Hari ni dah hari kedua berturut -turut saya bawak Balqis ke Poliklinik An-Nur Bandar Tun Hussein Onn untuk dapatkan nebulizer untuk legakan batuk berkahaknya tu. Semalam, lepas dapatkan nebulizer tu, batuknya berkurangan sikit. Tapi, bila time makan ubat, dia buat hal dia. Macam anak orang lain jugak - menangis, berlari ke sana ke mari, tekup mulut dengan tangan dia. At last, batuk berkahaknya datang semula.

balqis dan nebulizer
Balqis tengah amek nebulizer...sian tengok dia

Saya mintak doktor buatkan surat recommendation untuk masuk ke Hospital Pantai. Saya rasa memang dah terpaksa masukkan dia ke hospital sebab dah lama sangat batuknya tu tak surut-surut. Takut akan ada side-effect lain kalau dibiarkan berlarutan. Lagipun penjagaannya lebih rapi dan Balqis takkan buat hal kalau doktor atau nurse yang bagikan ubat!

Doakan agar segalanya berjalan dengan lancar. Doakan juga agar penyakit batuk berkahak Balqis ni dapat sembuh sepenuhnya sebelum buka sekolah ni nanti. Ameen....

Semalam Bukak, Hari Ni Dah Nak Penuh!

seminar hartanah, jutawan hartanah
Klik gambar di atas untuk mendapatkan seat anda sekarang!

Peluang Face-To-Face Dengan Azizi Ali!


Assalamualaikum semua...

Peluang untuk bertemu face-to-face dengan Azizi Ali, jutawan hartanah yang terkenal di Malaysia. Anda juga berpeluang untuk membeli rumah di kawasan yang paling strategik dengan diskaun sebanyak 12.5% daripada pemaju hartanah dan downpayment sebanyak 2.5% sahaja!

Tetapi, hanya 3 tempat sahaja lagi yang masih kosong!

Jadi, ambil peluang ini dengan sepantas mungkin! Dail sekarang di nombor 03-7880 1051.

Berikut adalah info tentang ceramah yang akan diadakan oleh Azizi Ali dan pemaju hartanah tersebut:

Topik: Bagaimana untuk menjadi pelabur berjaya di dalam Hartanah? Patutkah saya melabur ketika waktu yang tidak menentu?
Masa & Waktu: Ahad 30hb Dis 2012. 2 ptg hingga 4.30 ptg.
Yuran: Percuma.
Lokasi  ceramah: Galeri Jualan Pemaju di Bandar USJ (peta akan diemelkan setelah anda membuat pendaftaran).
Penceramah: (a) Azizi Ali (b) Pengurus Jualan Pemaju.
Keuntungan dan kelebihan peluang ini: 

  1. Diberikan hak pertama untuk memilih unit yang terbaik sebelum pelancaran.
  2. Jadi peserta terawal untuk mendapat diskaun tertinggi daripada Pemaju.
  3. Mendapat harga yang lebih berpatutan.
  4. Lokasi hartanah: Kondominium di Serdang. Kawasan yang mapan dengan 5 buah pusat membeli-belah dalam masa 10 minit memandu. 15 minit ke KLCC.
  5. 2 buah Sekolah Antarabangsa dalam lingkungan 10 minit.
  6. 4 buah Universiti dalam lingkungan 15 minit.
  7. Diskaun 12.5%. Ini merupakan diskaun paling tinggi daripada Pemaju yang dahulunya memberi hanya 7% diskaun untuk pembeli Bumiputra.
  8. Projek ini datang dengan skim Guaranteed Rental Return (GRR) dalam RM2,000 hingga RM4,000 selama 10 tahun. Jadi ianya sempurna untuk mereka yang mahukan aliran wang masuk setiap bulan tanpa banyak kerja.
  9. Bayaran down-payment hanyalah 2.5% (untuk mereka yang layak mendapat pinjaman 85%).
  10. Sasaran Keuntungan = 3 tahun RM75,000 hingga RM100,000.  5 tahun = RM200,000. 
  11. Harga = RM500,000 ke RM550,000 (RM460 kp).
  12. Hanya pelabur Bumiputra dijemput hadir kerana quota ‘bukan-Bumiputra’ projek ini sudah habis di jual!
  13. Setiap peserta yang membawa 2 rakan Bumiputra ke ceramah ini akan mendapat sebuah Buku Percuma.



Pengeluaran Duit KWSP Untuk Mengerjakan Ibadah Haji

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, mulai 1 Januari 2013, para pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk mengerjakan ibadah haji.

kwsp, kumpulan wang simpanan pekerja
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
  1. Pencarum mestilah berumur kurang daripada 55 tahun.
  2. Pencarum telah menerima surat tawaran untuk menunaikan haji.
  3. Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat sekali seumur hidup.
  4. Pencarum tidak mempunyai simpanan yang mencukupi dalam Tabung Haji untuk membiayai kos asas haji.
Kepada pencarum yang ingin memohon, mereka perlu pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dan bawa dokumen-dokumen di bawah ini:
  1. Kad pengenalan diri.
  2. Surat tawaran untuk menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji.
  3. Buku akaun simpanan Lembaga Tabung Haji.
Jadi, kepada mereka yang layak, jangan lengahkan lagi. Selagi umur dan kudrat yang masih ada, buatlah permohonan segera dan tunaikanlah tuntutan fardhu haji dengan segera!


Blogger Hartanah & Kewangan